Monday, 28 March 2016


Tumbuhan: Ciri-ciri Tumbuhan

(a) Daun
(b) Bunga
(c) Batang
(d) Akar


Daun
Daun jejala: 
- berbentuk 'tulang ikan'  
- contoh tumbuhan termasuk bunga raya, rambutan, mangga dan betik




 Bunga Raya
 Rambutan

Daun selari: 
- berbentuk lurus 
- biasa terdapat pada daun berbentuk panjang dan tidak lebar
- contoh tumbuhan termasuk daun rumput, lalang, kelapa, pisang, tebu 
  dan buluh




Kelapa
Buluh
   

Bunga
Berbunga: 
- menghasilkan bunga, biji dan buah
- bunga biasanya berkembang menjadi buah
- contoh tumbuhan termasuk durian, getah, jagung, rumput, pisang, padi, 
   kelapa dan orkid




Durian
Padi
  
Tidak berbunga: 
- tidak menghasilkan bunga, buah dan biji benih
- contoh tumbuhan termasuk lumut, rumpai laut, paku pakis dan cendawan  



Lumut
Paku pakis

Batang 
Batang berkayu:
- mampu menahan tiupan angin, hakisan, tanah runtuh dan menambahkan 
   kekukuhan kawasan tanah yang lembab
- pokok berkayu mempunyai jangka hayat yang lebih lama daripada 
   tumbuhan tidak berkayu
- contoh tumbuhan termasuk kayu balak, bunga raya 






Balak
Kelapa
 
Batang tidak berkayu:
- tidak tegap, mudah patah, mudah rosak dan tumbang apabila terkena 
   angin yang kencang
- pokok tidak berkayu mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek
- contoh tumbuhan termasuk rumput, sayur-sayuran, betik, paku-pakis 
   dan lumut





Betik
Pisang
 

Akar
Akar tunjang:
- akar jenis ini menjunam jauh ke dalam tanah untuk menambahkan 
  kekuatan dan mengelaknya daripada rebah
- contoh tumbuhan termasuk lobak, bayam, semalu, bunga raya dan jambu




Lobak
Bayam


Akar serabut:
- tumbuhan akar serabut biasanya tumbuh sebagai tutup bumi
- akarnya menjalar beberapa kaki sahaja dari pokoknya
- contoh tumbuhan termasuk rumput, kelapa, padi, pandan dan jagung



Rumput
Kelapa

No comments:

Post a Comment